Keadilan Ekonomi Untuk Rakyat

Ekonomi Sejahtera, Rakyat Merdeka

Prof Dr. Monzer Kahf – Pakar Rujuk Ekonomi Islam Warga AS

leave a comment »

Nama Monzer Kahf bukan asing dalam dunia ekonomi, kewangan dan perbankan di dunia ini. Meskipun seorang warganegara Amerika Syarikat dan menetap di California, buah fikiran serta cetusan pemikiran beliau dirasai disegenap pelusuk dunia.

Mula mengorak langkah sebagai seorang intelektual ekonomi Islam sewaktu menuntut di Universiti Damascus, Syria dalam jurusan perniagaan. Berkat kesungguhan pengajian ilmunya, beliau telah dianugerahkan pingat graduan terbaik pada tahun 1962 oleh Presiden Syria. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian peringkat sarjana (High Diploma) dalam bidang Perancangan Ekonomi dan Sosial di UN Institute of Planning di Syria. Setahun selepas tamat memiliki kelulusan tersebut, beliau juga telah berjaya memperoleh tauliah akauntan pada tahun 1968.

Langkah pengajian beliau tidak terhenti setakat itu, bahkan terus memburu ilmu di peringkat kedoktoran di Universiti Utah, Salt Lake Utah pada tahun 1975 dalam bidang ekonomi. Meskipun mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bidang ekonomi, beliau juga mempunyai daya keupayaan yang hebat dalam bidang Fiqh dan Pengajian Islam. Tidak hairanlah, beliau mampu menguasai bahasa Arab dengan begitu baik selain daripada kemahirannya dalam bahasa Perancis.   

Terlalu sukar untuk menggambarkan sumbangan dan pengorbanan beliau dalam bidang ekonomi, perbankan dan kewangan Islam ini. Berdasarkan daripada pengalaman beliau, setahun selepas menghabiskan pengajian diperingkat sarjana muda, beliau telah mula berkhidmat sebagai tutor di Fakulti Perniagaan, Universiti Damascus. Kemudian empat tahun menjadi penjawat awam di pejabat audit kerajaan sehingga tahun 1971. Tidak puas mencurahkan ilmu, beliau kembali menjadi tenaga pengajar yang penting di Universiti Utah sambil menyiapkan proses kedoktorannya. Setelah itu, barulah beliau dilantik sebagai seorang Pegarah Kewangan di Indiana selama 6 tahun sebelum membuka sebuah konsultansi yang memberikan khidmat rundingan dalam bidang pelaburan dan kewangan khususnya yang melibatkan instrumen-instrumen terkini seperti pasaran ekuiti, saham dan komoditi.

Dari Amerika Syarikat terbang ke Timur Tengah. Beliau mencurahkan bakti untuk terus menyelami bidang ekonomi apabila bertugas sebagai penyelidik ekonomi di Islamic Researh and Training Institute (IRTI), Bank Pembangunan Islam di Jeddah, Arab Saudi. Tidak lama kemudian itu, beliau ditawarkan ke posisi lebih penting iaitu Ketua Bahagian Penyelidikan IRTI. Perkhidmatannya selama lebih kurang 15 tahun di IRTI dihargai apabila dikalungkan sebuah anugerah dalam bidang ekonomi Islam oleh Bank Pembangunan Islam pada tahun 2001. Hari ini, beliau telah kembali semula ke tanah airnya di California dan menjalankan perniagaan konsultannya sendiri.

Untuk mendapatkan senarai penglibatan penuh beliau dalam bidang profesional termasuklah beberapa penerbitan-penerbitan karya ilmiahnya dalam ekonomi, perbankan dan kewangan Islam, teman-teman boleh lihat dalam laman web peribadinya di sini.

Advertisements

Written by muslimmalaysia

August 14, 2010 at 10:58 pm

Posted in Artikel

Tagged with

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: